BANTUAN ANDA

MAMPU CIPTA SEBUAH

MASA DEPAN

BERIKAN SUMBANGAN HARI INI

Sokong usaha PADI dalam membantu masyarakat

LOKASI TUMPUAN

PADI pada asalnya ialah suatu inisiatif kebajikan strategik dalam bentuk penyediaan Kelas Tuisyen, IQRA’ dan Kelas 3M yang dijalankan secara PERCUMA. Program ini bermula pada 8 Januari 2022. Pada waktu ini, seluruh dunia masih dibelenggu dengan penularan wabak penyakit akibat daripada serangan virus Covid-19.
 
Apakah pencetus yang membentuk PADI?
Pembelajaran di sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ketika itu dijalankan secara norma baru yang menyulitkan, terutamanya kepada golongan miskin dan asnaf. Akibatnya, jumlah keciciran pelajar sekolah semakin meningkat. Kanak-kanak yang menyertai program ini lahir dalam institusi keluarga rentan miskin, di mana sebahagian daripada peserta adalah anak-anak yang tercicir daripada sistem pendidikan formal semenjak sebelum penularan Covid-19 lagi.
Ringkasan misi PADI
 
Namun begitu, PADI bukan sahaja memberi tumpuan hanya kepada bantuan akademik semata-mata, sebaliknya PADI juga berusaha membimbing pelajar supaya memiliki perspektif yang holistik terhadap ujian dan cabaran hidup yang mereka dan keluarga mereka hadapi.
Apakah hasil inisiatif PADI setakat ini?
 
Hasil daripada usaha yang tidak mengenal penat lelah ini, maka pada Januari 2025, seramai lebih 30% orang pelajar sekolah rendah PADI telah menerima pelbagai anugerah di sekolah masing-masing. Kini, PADI telah mengorak langkah dengan beberapa inisiatif tambahan dalam aktiviti kebajikan yang akan dikongsikan dalam Page PADI in

Projek Kami

PADI menggabungkan pembangunan pendidikan jangka pendek dengan pembangunan jangka panjang untuk mencapai kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran masyarakat, sambil menambah baik penyelarasan untuk menangani isu segera dan sistemik.

Pembangunan Holistik

Bantuan Kewangan & Keperluan asas

Kelas Akademik dan Insaniah

Pembangunan holistik pelajar adalah pendekatan yang mementingkan pertumbuhan menyeluruh individu, tidak hanya dari segi akademik, tetapi juga emosi, sosial, dan jasmani. Tujuannya adalah melahirkan generasi muda yang seimbang, berdaya saing, dan mampu menghadapi cabaran masa depan.

Bantuan kewangan sangat penting untuk menjamin kesinambungan pendidikan pelajar. Dengan sokongan ini, pelajar dapat menumpukan perhatian pada pelajaran tanpa perlu risau tentang keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan bahan pembelajaran.

Program kelas akademik dan insaniah merupakan inisiatif yang komprehensif untuk membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui gabungan pembelajaran teori dan praktikal, pelajar bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan yang diperlukan, tetapi juga dilatih untuk mengaplikasikannya dalam situasi sebenar. 

Sokong Kami

Sukarelawan

Menolong sesama tidak hanya bermanfaat bagi orang lain, tetapi juga memberikan kepuasan batin bagi diri sendiri. Melalui kegiatan sosial, kita dapat mengembangkan empati, rasa peduli, dan semangat gotong royong. Selain itu, berinteraksi dengan orang-orang dari berbagai latar belakang juga dapat memperluas wawasan dan meningkatkan kualitas hidup.

Sumbangan

Sumbangan yang diberikan oleh individu atau organisasi dapat membawa perubahan positif yang besar kepada masyarakat. Sumbangan dapat membantu mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup, dan membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif. Selain itu, sumbangan juga dapat memperkukuh hubungan sesama manusia dan memupuk semangat gotong royong.

Sebarkan

Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menyebarkan kebaikan. Setiap daripada kita mempunyai peluang untuk menjadi agen perubahan yang positif. Dengan menanamkan sikap empati, kasih sayang, dan toleransi, kita dapat membina hubungan yang lebih erat dengan sesama manusia. Ingatlah, kebaikan yang kita sebar hari ini akan kembali kepada kita suatu hari nanti.

SERTAI KAMI MENJAYAKAN PADI

Daftarkan diri anda sebagai sukarelawan PADI sekarang!